maka, patik hanya cuba berdiam diri sambil berteka-teki di dalam batin patik, ape yg tlah berlaku?? ape yg sdg berlaku??
dgn penuh keyakinan patik meneka dlm kesamaran bahawa tlah trjdi 1 kemalangan di hadapan. patik begitu yakin skali kerana hasil pengamatan patik tidak menunjukkan bahawa ada rintangan jalan raya yg dilaksanakn oleh para pegawai keselamatan lalu lintas.
tampaknya tekaan patik amatlah tepat apabila sampai di satu kwasan dimana terdapat serpihan kaca yg berselerakan di atas jalan raya. semuanya telah selesai, tiada kenderaan mangsa, tiada mangsa, tiada pengawal lalulintas, malah kon penghadang jalan pun tiada. setelah patik melepasi kwsn tersebut, laluan kenderaan kembali lancar tanpa sebarang masalah.
tetapi terdpatnya satu kesesakan yg amat panjang di lorong yg bertentangn patik. begitu panjang hingga boleh dianggarkan 3 kilometer.
apa yg patik cuba ingin smpaikan disini adlah sikap pemandu2 kenderaan di malaysia yg begitu taksub melihat kemalangan jln raya. jika tuan hamba amati sepenuhnya pada gambar ketiga, adakah serpihan kaca bertaburan di lorong bertentangan patik??
sudah pasti jwapannya tidak!! keengganan para pemandu utk memandu sperti biasa seolah-olah sdang menyaksikan menyaksikan 1 kehebatan dunia menyebabkan kesesakan yg amat panjang! Malah sikap tersebut telah mendatangkan msalah kpd org laen yg begitu memerlukan kepantasan bergerak!! tambahan pula waktu tgh hari, pastinya mngundang kemarahan pemandu laen yg sudah pasti berang dgn keadaan sebegini.
senario ini bukan sahaja berlaku di negeri kelahiran patik sahaja, malah di serata negara!! mentaliti untuk melihat kemalangan haruslah diubah. mmg tepat sekiranya tuan hamba ingin melihat kejadian tersebut sebagai iktibar, tetapi tidak begitu bersesuaian pada waktunya.itu sahaja yg patik mampu coretkan untuk keluhan ini. diharapkan, segala kelemahan patik sama ada dr segi pandangan, penggunaan kata yg mungkin telah menyinggung perasaan para pembaca. sudilah apa kiranya tuan hamba memaafkan patik sekiranya patik telah melakukan khilaf.
1 comment:
hoho standard aa tuh
orang2 kita ada fikiran camnie 'lagi best tgk depan mata drpd tgk dalam berita'
Post a Comment