19 January 2009

1 maut diseret bas ekspres sejauh 20 meter

TRONOH, 18 Jan. - 1 maut dalam kejadian langgar lari yang membabitkan sebuah bas ekspres di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.54 pagi di persimpangan lampu isyarat ke pekan Tronoh itu, sebuah bas ekspres dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke Pantai Remis dari Johor Bahru sebelum melanggar mangsa di persimpangan tersebut. Mangsa, seekor kerbau, cedera parah di bahagian kepala dan mati di tempat kejadian selepas dirempuh dan diseret lebih kurang 20 meter dari tempat kejadian.

Menurut seorang saksi,  Md Hairman, 18, salah seorang penumpang bas ekspres dalam kejadian itu ketika ditemui, menceritakan detik-detik cemas kejadian tersebut. Saksi yang dalam perjalanan ke UTP, 2 kilometer dari tempat kejadian menyedari kejadian tersebut apabila pemandu bas ekspres tersebut menjerit secara tiba sambil menekan brek kecemasan untuk memberhentikan bas yang dipandunya.

“Mangsa cuba melintas jalan tersebut apabila terlihat suluhan lampu dari bas ekspres dan cuba untuk menyelamatkan diri, malangnya sudah terlambat.

“Pada masa itu, semua penumpang lain sedang nyenyak tidur,”.katanya lagi.

Bahagian depan bas ekspres 

yang remuk akibat kemalangan.


Menurut saksi lagi, bas tersebut dipandu dalam kelajuan sederhana kerana bersedia untuk berhenti di persimpangan berisyarat tersebut. Walaubagaimanapun, semua penumpang bas ekspres tersebut terselamat dari sebarang kecederaan.-TronohPress

3 comments:

nurfaizah.hasim said...

ohhh...
sian kerbau 2..
xsempat smbut chinese new year..
aish..

HE said...

hahahhahaahaaa
die x pkai tali pinggang blakang,
sbb tu mati

rosearienah said...

weih.
aku nmpk oww kerbau tuh kat tpi jalan arytu.
xde org nk urus jnazah dye.
sob sob.