15 February 2009

Pembentangan Bajet 2009 Bagi Suku Pertama & Kedua



Berikut merupakan pembentangan bajet 2009, bagi suku pertama dan kedua tahun 2009 iaitu dari bulan Januari 2009 hingga Jun 2009 bagi pelajar tajaan MARA di Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Berdasarkan laporan kewangan pelajar UTP bagi semester Julai tahun 2008, pembayaran elaun bagi pelajar UTP, terutama para pelajar tajaan MARA yang sedang menuntut di semester pertama bagi tahun pertama pengajian ijazah sarjana muda dijangka tertunda sehingga awal Mei 2009. Disebabkan oleh perkara tersebut, para pelajar telah dinasihatkan supaya mencari elaun tambahan sendiri ataupun mengaplikasikan kaedah berjimat cermat. 

Berikut merupakan senarai jenis bayaran yang tertunggak sehingga April 2009:

1. Elaun Sara Hidup (Bagi bulan Januari hingga April)
2. Elaun Buku
3. Elaun Komputer

Oleh yang demikian, para pelajar dinasihatkan supaya mengamalkan budaya berjimat cermat sebagai persediaan bagi menghadapi situasi yang tidak menentu ini.

Berikut merupakan cadangan perbelanjaan yang telah dikemukakan oleh pelajar tahun pertama jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kep.) UTP, Md Hairman Md Esa.


Bajet Mingguan

Makanan

RM 49

Makanan Tambahan

RM 5*

Barangan Keperluan

RM 10*

JUMLAH

RM 64


Bajet Bulanan**

Makanan

RM 196

Makanan Tambahan

RM 20*

Barangan Keperluan

RM 40*

JUMLAH

RM 256


Bajet Bagi Seluruh Semester***

Makanan

RM 980

Makanan Tambahan

RM 100*

Barangan Keperluan

RM 200*

Perbelanjaan Khas

RM 300

JUMLAH

RM 1580



* Wang akan disalurkan kepada perbelanjaan makanan sekiranya tiada perbelanjaan 
** Bajet berdasarkan 30 hari pada setiap bulan
*** Jangkaan sehingga Mei 2009

Pembayaran tunggakan elaun dijangkakan akan dilaksanakan dalam suku kedua 2009 iaitu anggaran dalam bulan April hingga awal Mei 2009. Dijangkakan perbelanjaan seluruh semester dapat dikurangkan kepada RM1200 berdasarkan penyata kira-kira yang telah dilaporkan pada Januari 2009.



Sumber: Md Hairman Md Esa; Bajet 2009 (Suku Pertama & Kedua), Januari 2009

8 comments:

Anonymous said...

cey.

Your budget lack of transparency. Hehe

nurfaizah.hasim said...

wah.. xde bajet utk berfoya2 ke??
XD

LSJ said...

wah3...
sungguh teliti ko nye bajet...

tp kan, perbelanjaan khas tu ape??

HE said...

to makcik faizah:
sori la...
bajet poya2 dh dmansuhkan


to makcik laila:
prblnjaan khas 2 4 tiket blik midsem
+
sport equpmnt

BZ said...

ak rase ak x leh ikut bajet ko..haha..

i'm dead meat klu cam2..

:P

HE said...

aku x sruh pon ko ikot bajet aku

lalallaaaa~~

Anonymous said...

ko dah tolak lom bulan pose punya budget..?

HE said...

lohhh 1st n 2nd quarter x smpai ag bulan pose laa