29 November 2009

bosan..

bosan nak mati - itulah kata2 yg mmpu utk aku ungkapkan. lumrah mnusia, mudah jemu dgn apa yg sering dilalui dlm kehidupan seharian. hari ini merupakan hari ke-4 aku di teratak kesayanganku. 3 hari yang dilalui sebelumnya amat menguji mentalku yg sememangnya sudah begitu kusut, bagaikan benang yg tersimpul yg tidak lagi boleh duirai. 3 hari tanpa sebarang aktiviti bermanfaat. apa yg ku lakukan hanyalah menatap skrin komputer ribaku - menonton filem2 yang telah dimuat turun menggunakan software DC++ semasa di utp. kehidupan seharianku hanya dipenuhi dgn aktiviti lagha. tido, computer games dan menghabiskan myk moto adalah temanku.

semalam, 10 Zulhijjah, aidiladha. tiada apa yg ku lakukan, solat sunat aidiladha, makan dan tido. itu shaja. walaupun ibadah korban dilaksanakan hanya 100m dr rumahku, aku hanya menjengah selama 15 minit, dek kerana kepadatan orang ramai yg ingin melihat ibadah tersebut dilaksanakan. muncul rasa bersalah kerana tidak mengambil bahagian, tenaga mudaku hanya dihabiskan utk menuruti nafsuku sahaja. 2 jam sebelum solat jumaat, aku melelapkan mata selama lebih sejam. petang hari, hujan membasahi bumi, sekali lagi, aku menghiburkan diri dengan permainan bola sepak di komputer sehingga ke malam hari. teruk.

hari ini, sama seperti biasa, namun, waktu petangku diisi dengan bermain bola sepak. sepanjang 4 bulan aku berehat. sepanjang 4 bulan juga permainan bola sepak diganti dengan permainan bola tampar. walaupun agak seronok, namun stamina ku yg rendah seolah2 sebotol air mineral 500ml yg mampu dihabiskan beberapa saat menghalang diriku drpd berlari seperti orang gila di tengah padang rumput.

sepanjang 4 hari di kampung halaman, aku byk terkurung dlm rumah. keuzuran JCR 9581 menghalang aku dr bergerak bebas mengukur panjang jalan2 dan lorong2 kecil di persekitaranku. walaupun terdapat JJN 7264, aku tidak beberapa senang dengannya. walaupun perwatakan JJN 7264 lebih memikat hati anak2 muda sekarang, aku hanya menggunakannya utk mengambil angin petang. jarang sekali aku gunakannya utk ke rumah rakan2 ku. JJN 7264 hanya sepatutnya menunggu orang tuaku utk menggunakannya, bukan utk bersiar-siar di petang hari.

sepanjang minggu hadapan, aku akan menghabiskan masaku di RPS Banun, Gerik utk aktiviti jelajah inegriti 09. semoga aktiviti tersebut bakal berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang halangan. aku sangat berharap agar cuti semester ku pada kali ini tidak dihabiskan begitu sahaja.

No comments: