22 December 2010
Travel
mengembara merupakan salah satu aktiviti kegemaran dalam kehidupan seharianku. keghairahan aku untuk mengembara serata dunia adalah disebabkan siri The Amazing Race yang selalu ditayangkan di kaca televisyen sehingga aku memasang sebuah impian untuk mengelilingi dunia seandainya muncul peluang seperti itu.
insyaAllah, andai aku diberikan kesempatan dan kebolehan untuk mengembara mengelilingi dunia ciptaan Allah SWT ini, aku ingin sekali pergi ke tempat-tempat pelancongan yang menarik di seluruh dunia. seboleh-bolehnya, aku ingin menjejakkan kaki ke seluruh negara yang wujud di atas bumi ini.
namun, sebagai seorang yang bukan digelar jutawan, cukup sekiranya andai aku dapat menjejakkan kaki ke bumi matahari terbit atau Jepun. Jepun memiliki segala ciri-ciri ketimuran disamping kelebihan teknologi canggih yang memacu dunia teknologi sekarang ini. jika disentuh mengenai aspek alam semula jadi, negara 4 musim ini memiliki kelebihan dari segi tumbuhan terutamanya bunga sakura yang amat popular. cukup untuk negara asia. melangkah jauh ke selatan benua, terdapat Australia dan New Zealand yang terletak di kawasan Oceania. aku lebih berminat untuk menjejakkan kaki ke New Zealand, aku sendiri tidak pasti mengapa New Zealand tersenarai sebagai tempat mengembara idaman, sudah pasti salah satu sebab untuk aku pergi adalah kerana iklim sejuk kutub selatan.
menjelajah ke satu bahagian sahaja mungkin tidak beberapa menyeronokkan, tetapi lebih seronok andai dapat menjejakkan kaki ke benua bertamadun eropah. mengembara ke eropah cukup menarik bagiku andai dapat menjejakkan kaki ke negara-negara yang terletak di pesisir pantai Mediterranean. keunikan sejarah awal tamadun seperti di Greece, Itali, Sepanyol dan Turki memberikan nafas pengembaraan bersejarah. namun, jika ingin meneroka sejarah yang lebih moden, sudah pasti England dan Scotland menjadi pilihan.
bagiku, tempat-tempat yang disebutkan diatas sudah cukup untuk membuktikan bahawa aku terlalu ingin mengembara ke negara orang. apa yang pasti, sekiranya aku mendapat peluang untuk mengembara, aku akan pastikan aku tidak bergerak bersendirian menggunakan perkhidmatan awam. aku lebih suka untuk menyewa sebuah caravan yang boleh digunakan untuk ke mana sahaja. apa yang pasti, memberikan keselesaan kepada aku untuk mengembara. satu peringatan kepada semua, sewaktu mengembara, janganlah mengambil kesempatan perjalanan yang panjang untuk tidur, kerana anda bakal terlepas fenomena menarik yang belum tentu dapat dilihat oleh semua orang. jika anda seorang yang peka terhadap diri saya, anda sudah pasti melihat saya berjaga dalam perjalanan ke sesuatu tempat yang belum pernah saya pergi. untuk apa melancong andai segala pemandangan indah yang terhidang di depan mata disia-siakan begitu sahaja.
disamping dapat menikmati pemandangan indah, mengembara menjanjikan keseronokan mencuba perkara baru seperti merasa makanan-makanan tempatan yang pasti keenakannya ditahap menjilat jari. walaupun Malaysia digelar syurga makanan, belum pasti semua makanan eksotik terdapat di negara tercinta ini. malah, mengembara juga bakal memberikan anda peluang untuk mengenali lebih dekat bagaimana keadaan sebenar sesuatu kawasan itu dan tentu sekali kita dapat menambah ilmu pengetahuan am.
andai ingin bercerita lebih panjang, lebih menarik sekiranya cerita ini dibualkan bersama-sama dan andai aku terus berceloteh disini, sudah pasti tiada siapa yang bakal membaca luahan hati kecilku ini.
kepada anda yang berpeluang untuk mengembara, rebutlah peluang yang ada di depan mata anda kerana tidak semua insan di dunia ini terpilih dalam mendapatkan apa yang diimpikan selama ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
man!!..ak pnah smpi tmpt dlm gmbr tu!!
hahahaa
msti 'best'
tol x??
Post a Comment