18 January 2011

pengalaman mengajar erti kehidupan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dgn limpah kurnia dan rahmatNya, dapat sekali lagi aku menambah koleksi coretan digital di blog ini. Mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin juga ramai lagi yang tidak berkesempatan untuk mengambil tahu aktiviti semasa yang aku lakukan bersempena cuti semester panjang yang terakhir dalam diari hidup aku sebagai salah seorang pelajar hina di UTP.

Belum cukup 2 minggu aku berada di kampung halaman tercinta, aku bergerak semula ke ibu negara pada waktu malam yang sangat mencabar untuk menghadiri sebuah program yang diberi nama Program Mesra Didik 2010 anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Namun, tujuan aku menaip kali ini bukanlah untuk me’review’ program tersebut (mungkin di lain kesempatan), tetapi aku ingin me’review’ sebuah lagi program yang dipanggil Integrity Champions Challenge 2011, MRSM 1Malaysia yang berlangsung di MRSM Baling, Kedah Darul Aman. Program tersebut berlangsung dari 6 hingga 9 Januari 2011, tetapi sebagai salah seorang fasilitator, kami dari kelab Integrity Circle of Champions yang baru sahaja ditubuhkan beberapa mggu sebelum bergerak sehari lebih awal untuk membuat persiapan terakhir sebelum majlis sebenar berlangsung.

Aku adalah orang yang mudah bosan dengan sesuatu jika perkara itu sering kali berlaku dalam kehidupan seharian, untuk mengelakkan kebosanan di rumah, aku bergerak ke IIM 3 hari lebih awal, membantu persiapan terakhir di ibu negara. Berbaloi, mungkin ia nampak enteng bagi sesetengah orang, namun, pada waktu itu aku mempelajari sesuatu yang baru, membuat hamper 1000 salinan modul dengan menggunakan mesin fotokopi, secara auto dan manual. Waktu yang sama, aku belajar bagaimana mengawal tekanan apabila terpaksa melayan kerenah barangan elektronik yang sering kali rosak tidak menentu masa. Bagi aku, itu merupakan pengalaman menyeronokkan ditambah lagi dengan kerenah gila rakan2 seperjuangan.

5 Januari, kami bertolak ke MRSM Baling. Perjalanan yang bermula lebih kurang jam 11 pagi itu tamat apabila sampai ke destinasi yang dituju tepat jam 5 petang. Kehadiran kami yang diiringi hujan renyai membuatkan aku lebih bersemangat untuk bekerja selama 4 hari. Alhamdulillah, MRSM Baling terletak di kawasan yang sangat strategik bagi pencinta alam seperti aku, dikelilingi kawasan bukit yang tinggi, ditambah dengan kabus dan suasana sejuk yang hampir 3 hari mengiringi perjalanan program, Subhanallah, Alhamdulillah, La-ilahaillallah, Allahuakbar!.

6 Januari, program bermula pada jam 2.30 ptg dengan ketibaan & pendaftaran para peserta iaitu para pelajar MRSM seluruh negara. 45 buah kesemuanya, untuk mendapatkan gambaran penuh program, sila lihat gambar2 di bawah.

MRSM Muar

MRSM Betong (if i'm not mistaken), guru pengiring adalah graduan UTP

MRSM Tun Ghafar Baba (junior)

sesi pendaftaran - kaunter baju
doa


bacaan Yaasin

Intro night

Staff dari Institut Integriti Malaysia

Barisan fasilitator - aku tiada dalam gmbar kerana gmbr ini aku yg snap
ice breaking

anchor registration

session with anchor 

tot for teachers



KPI - Kugiran Pemuda Integriti



pledge corner




repelling


performance by student


tarian 1Malaysia

tree of life



Terima Kasih kepada semua yang menjayakan program ini.
Semoga ukhuwah yang terbina berkekalan hingga ke akhir hayat.





p/s: terima kasih juga kepada hantu jebon yang menambah perisa ICC 2011 kali ini

2 comments:

z0Ey said...

man..
syg ko..
nice post bro..
semoga ukhuwah yg tercipta akn kekal n berpanjangan..
insyaAllah..

HE said...

tengs der~