28 June 2010

CSR Rebung 2010


Assalamualaikum, alkisahnya pada tanggal 13-19 Jun yg lepas, perginya aku ke MRSM Felda, Trolak utk melibatkan diri sebagai sekretariat bg sebuah program yg diberi nama CSR Rebung 2010. oleh kerana program ini dianjurkan secara bersama antara pihak MARA dan Institut Integriti Malaysia (IIM), maka berkumpullah sekalian sekretariat di IIM yg terletak bersebelahan dgn stadium hoki jalan duta pada 11 jun. maka, program pun bermulalah.


sepanjang 2 hari di IIM, mcm2 yg berlaku, briefing demi briefing, makanan demi makanan disumbat ke dalam perut, turun naik lift, kotak demi kotak diangkut kesana dan kesini, kertas dicetak tanpa henti, dan yg pastinya ditemani gelak ketawa sekretariat yg aku labelkan sebagai 'gila'. tepat jam 10.50 13 Jun, 2 buah kenderaan IIM beserta 2 buah bas yg sarat membawa manusia pelbagai ragam bertolak menuju ke destinasi yg dituju, MRSM Felda yg jauhnya 1 jam perjalanan dr ibu negara.


sampainya di sana, pendaftaran sekretariat mengambil watak & bermulalah CSR Rebung 2010. hari pertama, tidak banyak aktiviti yg berlangsung berbanding hari kedua yg dikatakan mula mencabar kredibiliti sekretariat yg kebanyakannya adalah burung hantu dek kerana tidak cukup tidur.


hari kedua adalah cabaran paling hebat utkku. mana tidaknye, dilantik menjadi person in charge utk aktiviti formal pertama dlm program, aku merupakan kepala aktiviti pagi hari tersebut. kelam kabut dibuatnya, jam 8 pg, vip sudah dtg, sekretariat yg laen masih lagi missing in action. terpaksalah aku bertungkus lumus mencari pengganti + bertindak dengan bijak. tamat majlis pertama, aku masih lg tidak terlepas dr tugasan kedua yg menanti sehingga tamat aktiviti di waktu malam. hari ini juga, aku diperkenalkan kepada adik2 angkatku. mereka datang dr utara, MRSM Merbok. seronok melayan kerenah mereka mengerjakan plan of action yg mereka sediakan. jam 5 petang, aku masuk ke blik sekretariat, mengecas batteri hidupku.

walaupun adik2 dr mrsm seluruh negara sudah diserahkan kepada pasukan veteran vat 69 komando, sekratariat tidak terlepas begitu sahaja, hari kedua adalah hari paling tegang, mcm2 berlaku sehingga ramai yg menganggap CSR Rebung 2010 bakal berakhir dengan kekecewaan dek kerana pelbagai isu yg dianggap sensitif oleh sesetengah pihak.


hari kedua tamat jam 3 pagi hari ketiga, walaupun lewat, program terus berjalan. hari ketiga boleh aku katakan sebagai turning point utk program ini, kenapa?? hari ketiga adelah titik mula kegemilangan csr rebung 2010 kerana, pelbagai perubahan drastik telah dilaksanakan bg melancarkan semula perjalanan csr rebung 2010. hari ini juga adik2 angkat sekretariat diserahkan semula kepada sekretariat setelah 2 hari bersama ayah2 angkat atau wira negara.


hari keempat merupakan hari paling mencabar, field trip. 4 modul (ekonomi, sosial, environment & creative) bergerak ke tempat yg ditetapkan oleh penganjur bermula jam 7 pagi. aku tergolong dlm kumpulan creative yg ditugaskan ke fakulti seni & muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). aku ditugaskan utk menjaga makanan kumpulan, maka aku ditugaskan utk datang lewat utk menghantar makanan tgh hari utk ahli kumpulan dan sekretariat. selama berada di UPSI, aku dpt mempelajari ilmu baru, walaupun kurang terperinci, aku dapat memahami apa yg cuba disampaikan oleh pensyarah2 berpengalaman di situ. antara yg menarik perhatianku adalah kata2 slh seorang pensyarah: 'negara2 maju seperti jepun dan jerman maju kerana mereka menghargai seni dlm pemikiran idea mereka'. 1 perkara yg patut kita fikirkan sebagai seorang rakyat berbangsa MELAYU. tamat aktiviti jam 5 petang, kami pulang ke MRSM Felda Trolak sambil diiringi awan mendung dan gerimis di akhir perjalanan.


malam hari pula, giliran sekretariat menjamu persembahan kepada adik2 angkat dan guru2. secara tidak sengaja, aku bertugas sebagai 'abang props' utk persembahan drama. mlm itu, abg props mendapat sanjungan adik2 mrsm dek kerana kesengalan 2 org abg props yg berlagak poyo + macho walaupon hakikatnye mereka mmg macho!! namun, kekecewaan amat dirasai terutamanya saudara ibrahim ali, sebabnya adalah kerana gagal merakamkan drama yg dipersembahkan sekretariat akibat kapasiti storan media di kameranya sudah penuh. hari keempat tamat dgn gembira tetapi ada sekretariat yg mula merasakan sudah berada di penghujung program.


hari kelima, agak loggar jadualnye. namun, oleh kerana kegagalan sesetengah pihak utk bertindak dgn wajar, aku & boyak terpakse menerima efek stress berpanjangan. malam harinya, persembahan oleh kumpulan creative. sekretariat juga tidak ketinggalan utk menayangkan kehebatan mereka di depan lensa kamera apabila berpesta gambar ketika adik2 mrsm menuju ke dewan selera utk supper.

hari keenam, kami menerima kunjungan adik2 dr sekolah rendah dr kawasan sekitar Trolak, malah ade yg dtg dr jauh seperti adik2 dr Felda Soeharto di Selangor. Mereka dilayan oleh abg2 angkat mereka iaitu peserta Csr Rebung 2010. Petang harinya setelah solat jumaat, seluruh peserta bersama2 sekretariat beriadah dgn bersukaneka n bermain bola sepak persahabatan. Walaupon 'seri' 3-0, team sekretariat yg turut dibintangi aidil 'messi' terpaksa akur dgn keputusan 'seri' dgn hati terbuka kerana pasukan lawan dibintangi pemain2 bertaraf dunia dr MRSM2 seluruh Malaysia. malam hari pula, durian & messi menjadi tajuk utama perbualan. namun, persediaan utk hari penangguhan program tetap berlangsung hingga jam 4 pagi. malam yg terakhir, ada yg mahukan program diteruskan lg, ada yg mahu cepat berakhir dan bermacam2 lagi senario suka dan duka.


hari terakhir, majlis penangguhan disempurnakan oleh Managing Director Plus Expressway Bhd. 1 majlis yg agak simbolik dgn ketibaan vip yg diterbangkan oleh sebuah helikopter (buatan Eurocopter - dr pemerhatianku) milik Plus yg mendarat di MRSM Felda Trolak jam 8.50pg waktu tempatan. majlis penangguhan yg serba ringkas tersebut menandakan berakhirnya CSR Rebung 2010. Namun, tidak sempurna program csr rebung jika tiada nyanyian lagu tema program, Warisan yg didendangkan Allahyarham Sudirman. Detik ini merupakan detik yg penuh emosi bg semua yg terlibat dgn program ini, detik di mana gelaran 'Duta Integriti Malaysia' diberikan kepada kami sambil diiringi titisan airmata kebanyakan peserta dan sekretariat.


Tepat jam 12 tgh hari, msing2 mula bersiap utk pulang ke destinasi asal. bg sekretariat, ramai yg pulang ke IIM sbg transit point sebelum pulang ke kolej@universiti@rumah masing2.


keseluruhannya, CSR Rebung 2010 memberikan impak besar kepadaku. Walaupun aku bukan peserta, tetapi sebagai seorang sekretariat, aku menghargai pengalaman program ini. Terima kasih kerana mengajar aku erti tanggungjawab, kerjasama, patriotik, kesabaran & ketabahan. Tidak dilupakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sekretariat, anda mmg TERBAIK & SENGAL. mmg benar kata2 En Nizam; 'sbb ape kita pilih pelajar MRSM, sbb pelajar MRSM GILA'. Hakikatnya, Csr Rebung 2010 mengimbau kenangan aku sbg salah seorang pelajar Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba.

-Terima Kasih MRSM FELDA Trolak-


11 comments:

.h.o.p.e. said...

bestnye tgk!!!!!!!! msti lg best kat sane...

BWP MRSM PONTIAN 0910 said...

hehehe,,,seyes best sgt kat sane,,windue kawan2 n faci sgt2...

mahmudah said...

terbaek lah di sana. :)

kiaQ said...

luv u man..bes r tgk blog ang!
tp klu ade byk sket pic2 aku.g bes..

AinZaty said...

hebat la hairman. mcm perasaan aku rasa.sedih,hepi...penat pun ade.hahaha.. keep it up k.thnx hairman..

sewn-poi said...

aish..korang je comment..meh nk bg satu ni..

I like~!
bg yg nk tgk gmba..fb byk..cek ler.

TATA~

Anonymous said...

mmg best giler csr..
rase rindu yg teramat lah sgt..

HE said...

nina - best gilerr kot
bwp pontian - hahahaaa
mudd - mmg terbaeekkkk~
kiaq - pic ang dh byk kot kt fb aku
hahahaa

ain - syame2~

z0Ey said...

cm nk nanges aku bc post ko..
rndu kowt csr rebung..
sob2..

HE said...

rlex der
aku pon same gak

Anonymous said...

sgt rndu dgn csr rbung.. hope ad reunion csr 2010 :D haha