10 June 2010

i'm back


Assalamualaikum,

alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi dr dunia blog, aku diberikan lagi kesempatan utk meluangkan masa ku utk meng'update' blog ini yg hampir 1/2 tahun tidak berusik. bukan kerana sibuk, bukan kerana tiada talian internet juga bukan kerana facebook, tetapi aku cuba mengambil pendekatan utk menyepi seketika dr dunia blogging ini.

sepanjang kehilanganku di sini, mcm2 telah berlaku sepanjang spearuh pertama kehidupan aku dlm tahun 2010. Banyak dugaan & cabaran menguji kesabaran dan keteguhan imanku. namun, kehidupan harus diteruskan, kelangsungan hidup tiada hentinya sehingga nafas terakhir kita di bumi ini, kita harus berusaha utk mencapai yg terbaik.

apa yg boleh aku simpulkan disini, kehidupan sepanjang 5@6 bulan pertama tahun ini agak berbeza jika dibandingkan dgn tahun-tahun yg lepas. Perubahan paling besar yg dapat dilihat adalah kecenderungan aku terhadap dunia fotografi. sememangnya aku sudah lama meminati dunia fotografi, semenjak aku di bangku sekolah lagi. namun, bermula tahun 2010, minat aku terhadap dunia tersebut semakin menjadi-jadi. akan tetapi, utk menceburi dunia fotografi, modal yg diperlukan agak tinggi, bergantung kepada fokus sama ada menjadikan salah satu kerjaya mahupun sebagai hobi sambilan di waktu lapang.

mungkin itu sahaja yg mampu utk aku coretkan disini, semoga aku diberikan kesempatan yang lain utk aku meneruskan kewujudan blog ini...

kehidupan umpama air sungai yang mengalir
batu batan adalah cabaran & dugaan




p/s: pemilik berhasrat menukar blog ini menjadi sebuah blog foto

No comments: